Apa Itu Adsense?

Apa Itu Adsense?
Apa Itu Affiliate Program?

Adsense adalah program pengiklanan dari Google. Dengan Adsense, sekiranya anda mempunyai laman web, anda boleh memohon untuk menyertai program ini. Sekiranya diterima, Google akan meletakkan iklan berbayar dalam laman web anda. Dan sekiranya laman web anda dikunjungi orang, dan mereka klik pada iklan tersebut, anda akan mendapat sedikit habuan daripada itu.

Mungkin anda tak paham dari mana duit itu datang.

Sebenarnya, Google mempunyai satu lagi program bernama Adwords. Program ini adalah berlawanan dengan program Adsense. Program Adwords merekrut mereka yang ingin mengiklankan perniagaan mereka. Dan pengiklan ini akan dicaj mengikut jumlah klik yang dijana. Iklan-iklan ini pula akan diagih-agihkan kepada jutaan laman web yang menganggotai program Adsense.

Sekiranya anda menganggotai Adsense, sebahagian daripada apa yang dibayar oleh pengiklan adalah apa yang anda akan terima. Tapi itupun bergantung kepada jumlah pengunjung dan jumlah klik yang laman web anda janakan.

Berapa anda dapat untuk satu-satu klik berbeza-beza mengikut berapa yang pengiklan bayar. Ada sesetengah iklan itu murah kliknya. Ada pula iklan-iklan yang mahal kliknya.

Diandaikan secara purata anda menerima $0.20USD untuk satu klik, dan laman web anda menjana 25 klik sehari, anda akan menerima $5USD sehari. Didarab dengan 30 hari sebulan, anda boleh menjana $150USD sebulan. Tapi ini adalah andaian sahaja. Hasil yang anda dapat mungkin berbeza.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Adsense, anda boleh lawati laman webnya: http://www.google.com/…./adsense_tour

Affiliate Program pula … Berbanding dengan Adsense yang mana anda mendapat pendapatan daripada setiap klik yang dijana, dengan affiliate program anda mendapat komisyen daripada setiap jualan.

Berbeza dengan klik yang mana hasilnya mungkin kecil, dengan affiliate program, anda boleh mendapat sehingga 50% atau mungkin 60% daripada jualan. Komisyen yang besar adalah lebih biasa untuk produk-produk digital. Untuk produk fizikal, komisyen boleh mencecah sehingga 20%.

Sebagai contoh. Anda menganggotai affiliate program sebuah kedai online yang menjual buku. “Kedai Buku Best” menawarkan komisyen 10% daripada setiap jualan. Maka anda pun membina sebuah laman web berkenaan buku-buku terkini. Dan secara langsung/tidak langsung anda mencadangkan kepada pengunjung yang berminat untuk mendapatkan buku tersebut di Kedai Buku Best.

Dan sekiranya ada di antara mereka membuat pesanan kasut, anda akan diberi komisyen 10%.

Kita andaikan anda menjana 4 jualan seminggu untuk “Kedai Buku Best’. Dan secara purata setiap jualan bernilai RM100. Ini bermakna seminggu anda membuat jualan bernilai RM400. Dan dari jumlah itu, dengan komisyen 10%, anda membuat RM40 untuk diri anda sendiri. Dalam sebulan, anda boleh membuat RM160 secara sambilan di rumah. Dan sekali lagi, ini adalah andaian sahaja. Hasil yang anda dapat mungkin berbeza.

Definitions of Affiliate Program on the Web

Ada banyak affiliate program yang boleh anda anggotai. Cuba lawati laman web berikut:

Advertisements

15 thoughts on “Apa Itu Adsense?

  1. Ah salam kenal, kok kosong ya

  2. wallaa…. 🙂

  3. walla 🙂

  4. thanks for the article, i have been translate in english for my blog…thanks 🙂

  5. bagus jugak.. actually tak banyak info ttg adsense nie dalam bahasa melayu… kalau explain lagi detail lagi bagus..

  6. good info,thank you

  7. thnks for nice info..

  8. terima kasih 4 ilmunya…..say peace..

  9. thanks tas informasinya

  10. thnks tas infox……..

  11. klu kita signup adsense kita kene bayar gak ke ….

  12. takpayah bayo apa2..register free jer

  13. thx for the info, you can freely visit my blog at errisetyawan.blogspot.com

  14. nih artikel keren pula, bikin RSS la makcik biar ku bisa baca terus nill
    “sorry nih bahas melayuku kurang good”

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s